Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba Xiaomi RedmiBook 15 kini di Malaysia – harga promosi dari RM 1,899 sahaja

Komputer riba Xiaomi RedmiBook 15 kini di Malaysia - harga promosi dari RM 1,899 sahaja 7

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan penawaran RedmiBook 15 yang merupakan model komputer riba pertama syarikat ini di Malaysia.

RedmiBook 15 hadir dengan skrin paparan berukuran 15.6-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya juga menyokong DC Dimming.

Komputer riba Xiaomi RedmiBook 15 kini di Malaysia - harga promosi dari RM 1,899 sahaja 8

RedmiBook 15 akan ditawarkan didalam dua varian iaitu dengan cip pemprosesan Intel Core i3-1115G4 (Gen-11) dan Intel Core i5-11300H (Gen-11) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman SSD 256GB bagi varian i3 dan 512GB bagi varian i5.

Selain itu, RedmiBook 15 juga hadir dengan Windows 11, kamera web 720p, pembesar suara stereo 2W dengan DTS Tuning dan bateri 46Whr dengan penggunaan sehingga 10 jam.

RedmiBook 15 juga mempunyai sokongan dual-band Wi-Fi, Bluetooth, , pelbagai port I/O ports yang termasuk USB 3.0, HDMI 1.4, dan Realtek RTS5176 Card Reader serta bicu audio.

RedmiBook 15 akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 Jun ini pada harga 2,399 bagi RedmiBook 15 i3 (8GB+256GB) dan RM 2,799 bagi RedmiBook 15 i5 (8GB+512GB).

Komputer riba Xiaomi RedmiBook 15 kini di Malaysia - harga promosi dari RM 1,899 sahaja 9

Walaubagaimanapun, Xiaomi Malaysia akan menawarkan kedua-dua komputer riba ini pada harga istimewa dari 6 hingga 30 Jun dimana RedmiBook 15 i3 (8GB+256GB) akan ditawarkan pada harga RM 1,899 sahaja manakala RedmiBook 15 i5 (8GB+512GB) akan ditawarkan pada harga RM 2,499.

RedmiBook 15 boleh dibeli di semua stor fizikal Xiaomi di Malaysia (percuma Mi Casual Backpack bernilai RM 69) dan secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.