Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 6 akan dilancarkan pada 7 Julai 2022 – cip Snapdragon 8+ Gen 1 telah disahkan

ASUS secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu ASUS ROG Phone 6 akan dilancarkan pada 7 Julai ini.

Pengesahan rasmi ini tidak memberikan kita sebarang maklumat mengenai telefon pintar ASUS ROG Phone 6 ini namun ianya akan dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang terbaru.

Selain itu, pelancaran ini juga dijangka akan menjadi pentas untuk ASUS memperkenalkan aksesori baharu bagi ROG Phone 6.

Dengan pengesahan rasmi ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai ASUS ROG Phone 6 ini didedahkan.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.