Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X5 Pro kini menyokong rangkaian 5G di Malaysia

Telefon pintar flagship terbaharu OPPO – Find X5 Pro 5G baru-baru ini telah dilancarkan di Malaysia dengan teknologi futuristik dan membawa kualiti fotografi ke tahap yang lebih tinggi.

Kini, OPPO telah mengumumkan bahawa Find X5 Pro kini boleh disambungkan ke rangkaian 5G di Malaysia yang dikendalikan oleh Digital Nasional Berhad.

Teknologi 5G kini boleh digunakan dalam OPPO Find X5 Pro dan ia meningkatkan apa yang 4G sedia tawarkan dengan lebih kelajuan dan kestabilan. Untuk menghidupkan mod 5G pada OPPO Find X5 Pro, cuma ikut arahan di bawah:

Langkah 1: Pergi ke “Tetapan” dan pilih “Kemas kini perisian”

Langkah 2: Jika terdapat kemas kini sistem tersedia, sila klik untuk mengemas kini. Jika tiada kemas kini sistem tersedia, telefon anda mempunyai perisian terkini.

OPPO Find X5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999 maklumat lanjut di : https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-x/find-x5-pro/.

Baca ULASAN : OPPO Find X5 Pro – Prestasi Mantap, Kamera Terbaik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.