Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A23 kini di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan sensor utama 50MP – RM 999

Samsung telah memperkenalkan satu lagi model didalam Galaxy A Series 2022 iaitu Samsung Galaxy A23 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.

Samsung Galaxy A23 ini hadir dengan skrin paparan TFT V-Cut berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Seperti Galaxy A Series yang lain, Samsung Galaxy A23 juga menampilkan reka bentuk yang sama dengan rekaan Ambient Edge yang mengabungkan kamera dengan rangka.

Selain itu, Samsung Galaxy A23 ini dikuasakan dengan cip 6nm Snapdragon 680, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan ianya turut menyokong kad microSD sehingga 1TB.

Samsung Galaxy A23 juga tampil dengan sensor utama 50MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 5MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy A23 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh seperti Galaxy A Series yang lain dan ianya turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 25W.

Seterusnya, Samsung Galaxy A23 ini juga memiliki antaramuka OneUI 4, sensor capjari di bahagian sisi, sokongan bunyi Dolby Atmos dengan penggunaan headset dan dwi-SIM.

Samsung Galaxy A23 ditawarkan didalam r warna iaitu Awesome Blue, Awesome White, Awesome Peach dan Awesome Black pada harga RM 999 dan percuma Card Slot Cover bernilai RM59 (sehingga 31 Mei 2022).

Samsung Galaxy A23 kini boleh dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.