Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro akan dilancarkan dengan sistem kamera Leica

Beberapa hari lalu Xiaomi telah mengumumkan kerjasama dengan jenama kamera Leica yang bermaksud telefon pintar Xiaomi akan menampilkan teknologi fotografi Leica (mungkin eksklusif kepada peranti flagship sahaja).

Xiaomi juga telah mengesahkan telefon pintar pertama hasil kerjasama dengan Leica akan dilancarkan pada bulan Julai dan kemungkinan besar telefon pintar tersebut adalah Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro.

Selain teknologi kamera Leica, Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro akan turut hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ yang diumumkan baru-baru ini

Selain Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro, terdapat juga kemungkinan Xiaomi melancarkan Xiaomi 12S Ultra.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.