Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola akan lancar telefon pintar dengan sensor 200MP pada Julai

Motorol China secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Motorola dengan sensor 200MP akan dilancarkan pada bulan Julai.

Selain itu, Motorola juga telah mengesahkan bahawa ianya sedang membangunkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ dan ianya mungkin adalah telefon pintar yang sama.

Sebelum ini, telefon pintar Motorola dengan sensor 200MP ini telah banyak kali diperkatakan dengan nama Motorola Frontier namun masih belum dapat dipastikan samada ianya akan menjadi nama rasmi telefon pintar ini.

Selain itu, Motorola Frontier dijangka akan turut memiliki skrin paparan curved pOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz, kamera selfie 60MP, cip Snapdragon 8 Gen 1+, sehingga 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 125W.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.