Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lazada kini menawarkan Moto360 Gen 2 – dari RM 1,399

moto360 lazada

Jam pintar Android Wear daripada Motorola iaitu Moto360 yang kini memasuki generasi kedua ditawarkan secara rasmi di Malaysia melalui Lazada.

Motorola Moto360 generasi kedua ini hadir dengan skrin paparan LCD beresolusi 360×325 piksel bagi ukuran 23mm & 360×330 piksel (233ppi) bagi ukuran 46mm,  pemproses Qualcomm Snapdragon 400, 512MB RAM , 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 300mAh (42mm) & 400mAh (46mm).

Motorola Moto360 gen 2 ini hadir dengan sensor yang akan mengukur jumlah langkah, kalori dan degupan jantung.

Selain itu, pengguna juga mampu menerima mesej, berita terkini, maklumat cuaca dan banyak lagi maklumat tanpa perlu melihat telefon pintar anda.

Bercakap mengenai rekabentuk Moto360 Gen 2 ini, ianya hadir dengan besi tahan karat gred industri perkapalan 316L dan dilindungi gelas Corning Gorilla 3 selain pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Motorola Moto360 Gen 2 ini hadir dengan jaminan waranti 12 bulan daripada Lenovo Malaysia dan ianya ditawarkan didalam tiga versi.

Moto360 warna emas ros dengan saiz 42mm ditawarkan pada harga RM 1,499, manakala Moto360 42mm warna hitam dengan tali kulit ditawarkan pada harga RM 1,399 manakala Moto360 dengan saiz 46mm ditawarkan pada harga RM RM1,599 ( tali kulit coklat).

Motorola Moto360 ini hadir dengan sistem operasi Android Wear yang membolehkanya digunakan pada peranti Android dan iOS.

Beli Motorola Moto360 Gen 2 di SINI

moto360 lazada-3 moto360 lazada-5 moto360 lazada-6  moto360 lazada-2 moto360 lazada-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.