Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pencabar GrabCar – inDriver kini mulakan operasi di Pulau Langkawi

inDriver, perkhidmatan e-hailing antarabangsa dengan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia kini telah melancarkan perkhidmatannya di destinasi pelancongan terkenal, Langkawi, Kedah.

Model unik inDriver – Real-Time Deals (RTD) – yang membolehkan pengguna menentukan dan merunding harga sesuatu perjalanan, menjadikan aplikasi tersebut alternatif e-hailing yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, terutama ketika peningkatan terhadap permintaan dan harga perkhidmatan e-hailing.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan pada kadar lebih berpatutan pada bila-bila masa.

inDriver terus mengukuhkan kedudukan di Malaysia sebagai alternatif e-hailing yang menarik dengan meluaskan kehadiran di negara ini.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna mendapatkan perjalanan yang berpatutan dengan pertama membuat tawaran melalui aplikasi tersebut.

Pemandu berdekatan akan menerima tawaran tersebut dan mempunyai pilihan sama ada untuk menerima atau menolak, atau merunding untuk harga yang lebih menarik.

Penumpang kemudiannya akan mendapat beberapa tawaran balik, dan boleh memilih perjalanan yang memenuhi keutamaan mereka berdasarkan tambang, jangkaan masa ketibaan, model kenderaan dan penarafan pemandu.

inDriver juga menyediakan fungsi keselamatan termasuk pilihan untuk berkongsi lokasi GPS pengguna dan maklumat perjalanan dalam waktu nyata.

Selain itu, pengguna boleh berhubung dengan sokongan pelanggan jika mereka memerlukan bantuan. Sekiranya keadaan kecemasan berlaku, pengguna boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan melalui butang kecemasan khas.

Ketika penulisan, terdapat lebih 250 pemandu yang berdaftar dengan inDriver dan sedia berkhidmat di Langkawi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.