Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 7 dan Watch Kids 4 Pro turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia

HUAWEI Band 7 dan Watch Kids 4 Pro turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia 7

Selain HUAWEI Watch GT 3 Pro dan HUAWEI Watch Fit 2, HUAWEI juga memperkenalkan HUAWEI Watch Kids 4 Pro dan HUAWEI Band 7.

Jam kecergasan HUAWEI Band 7 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 219 manakala HUAWEI Watch Kids 4 Pro akan ditawarkan pada harga RM 699.

HUAWEI Band 7

HUAWEI Band 7 dan Watch Kids 4 Pro turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia 8

HUAWEI Band 7 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 1.47-inci dengan pelbagai pilihan Watch Face yang bergaya.

Selain itu, HUAWEI Band 7 juga membawakan sokongan 96 aktiviti kecergasan, bacaan degupan jantung, perekod tidur dan bacaan SpO2.

HUAWEI Band 7 ini juga mempunyai 14 hari jangka hayat bateri dan ianya juga kalis air 5ATM.

HUAWEI Band 7 akan ditawarkan di Malaysia mulai Julai 2022 pada harga RM 219.

HUAWEI Band 7 dan Watch Kids 4 Pro turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia 9

HUAWEI Watch Kids 4 Pro

HUAWEI Watch Kids 4 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.41-inci dengan sensor ALS yang akan melaras kecerahan skrin mengikut cahaya persekitaran.

Sebagai jam untuk kanak-kanak, HUAWEI Watch Kids 4 Pro juga mempunyai ciri panggilan kecemasan SOS yang akan menghantar gambar kepada Ibu Bapa dan terdapat 9 tahap AI positioning untuk merekod lokasi kanak-kanak setiap 120 saat.

Selain itu, HUAWEI Watch Kids 4 Pro juga memiliki kamera 5MP yang menyokong panggilan video MeeTime ke mana-mana peranti HUAWEI.

HUAWEI Watch Kids 4 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 27 Mei ini pada harga RM 699.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.