Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 888 4G pada harga RM 2,999

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI P50 untuk pasaran tempatan dan ianya akan di Malaysia pada harga RM 2,999.

HUAWEI P50 memiliki sensor utama True-Chroma 50MP pada lensa 23mm dengan aperture f/1.8 dan pengstabilan imej optik OIS.

Dalam pada itu, HUAWEI P50 pula juga mempunyai sensor ultrawide 13MP dan sensor periskop 13MP. Kedua-dua telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 13MP

HUAWEI P50 pula hadir dengan skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.5-inci yang mempunyai resolusi 1224 x 2700 dengan kepadatan piksel 458ppi dan sokongan HDR.

HUAWEI P50 pula hanya akan ditawarkan dengan cip Snapdragon 888 4G yang memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kedua model ini juga hadir dengan slot MicroSD dan antaramuka EMUI 12.

HUAWEI P50 pula memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh namun kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI P50 juga hadir dengan pembesar suara stereo dan pensijilan kalir air dan habuk IP68.

HUAWEI P50 akan ditawarkan untuk didalam dua warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black pada harga RM 2,999.

Pra-tempahan HUAWEI P50 kini telah dibuka dan setiap pembelian akan turut menerima ganjaran eksklusif HMS dan HUAWEI FreeBuds Lipstick bernilai sehingga RM 1,000.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengumumkan harga baru bagi HUAWEI P50 Pro di Malaysia iaitu RM 3,699 dan ianya akan turut ditawarkan didalam warna baharu iaitu Silver Blue dengan setiap pra-tempahan akan menerima HUAWEI Band 6.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.