Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Fit 2 kini di Malaysia pada harga RM 599

HUAWEI Watch Fit 2 kini di Malaysia pada harga RM 599 9

Majlis pelancaran tempatan HUAWEI sebentar tadi juga telah menyaksikan syarikat ini melancarkan jam pintar mampu milik yang memfokuskan kepada kecergasan iaitu HUAWEI Watch Fit 2.

HUAWEI Watch Fit 2 kini di Malaysia pada harga RM 599 10

HUAWEI Watch Fit 2 adalah model pengganti kepada Watch Fit dan ianya tampil dengan reka bentuk yang hampir sama dengan skrin AMOLED HUAWEI FullView berukuran 1.74-inci yang juga menyokong Always-On Display.

Selain itu, HUAWEI Watch Fit 2 mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 hari, menyokong 97 mod kecergasan, bacaan degupan jantung dan bacaan SpO2 automatik.

HUAWEI Watch Fit 2 kini di Malaysia pada harga RM 599 11

Dalam pada itu, HUAWEI Watch Fit 2 juga menyokong bacaan tekanan, perekod kualiti tidur dan kalis air 5ATM.

HUAWEI Watch Fit 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 mulai 27 Mei ini dan HUAWEI juga menawarkan pembelian dua unit jam kecergasan ini pada harga RM 1,098.

HUAWEI Watch Fit 2 kini di Malaysia pada harga RM 599 12

HUAWEI Watch Fit 2 Classic Edition akan ditawarkan pada harga RM 699 dan akan memasuki pasaran pada bulan Julai 2022.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.