Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 3 Pro kini rasmi di Malaysia – edisi Ceramic turut dilancarkan

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Watch GT 3 Pro edisi titanium dan seramik di Malaysia sebentar tadi iaitu sehari selepas pelancaran global.

HUAWEI Watch GT 3 Pro akan tampil dengan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.43-inciĀ  dengan pensijilan kalis air pada kedalaman sehingga 30 meter dan jam pintar ini boleh digunakan ketika menyelam laut dengan pelbagai ciri untuk aktiviti menyelam.

HUAWEI Watch GT 3 Pro

HUAWEI Watch GT 3 Pro ini juga menyokong bacaan heart rate, 100+ mod kecergasan, bacaan SpO2, jangka hayat bateri sehingga 14 hari dan satu butang fizikal yang dikenali sebagai Rotating Crown.

HUAWEI Watch GT 3 Pro Ceramic 43mm

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 Pro ini juga mempunyai Dual-Band Five-System GNSS, sokongan pengecasan tanpa wayar, pemproses ARM Cortex-M, 16MB ROM, 2GB storan dalaman dan sistem operasi HarmonyOS 2.0.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 Pro ditawarkan didalam dua edisi iaitu edisi Kulit dan Seramik (teknologi nano-tech ceramic yang pertama kali digunakan).

Pra-tempahan HUAWEI Watch GT 3 Pro kini telah dibuka pada harga seperti berikut (sehingga 26 Mei 2022).

HUAWEI Watch GT 3 Pro 46mm Gray Leather Strap – RM 1,399 – percuma HUAWEI Band 6

HUAWEI Watch GT 3 Pro 43mmWhite Leather Starp – RM 1,599 – percuma HUAWEI Band 6

HUAWEI Watch GT 3 Pro 43mm White Ceramic Starp – RM 2,599 – percuma HUAWEI FreeBuds LipstickĀ 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.