Google dedahkan reka bentuk Pixel 7 Series – akan lancarkan Pixel Watch dan Pixel Tablet
Pada Google I/O awal pagi tadi, Google juga telah berkongsi maklumat mengenai telefon pintar Google Pixel 7 Series, Google Pixel Watch dan Pixel Tablet akan dilancarkan penghujung tahun ini.
Google Pixel 6a kini rasmi dengan cip Tensor dan skrin OLED – harga sekitar RM 1,969
Kita mulakan dengan Google Pixel 7 Pro dan Pixel 7 yang akan dijana dengan cip generasi baharu Google Tensor.
Selain itu, reka bentuk telefon pintar dilihat masih sama seperti Google Pixel 6 Series namun modul kamera pada Pixel 7 Series diperbuat daripada aluminium yang digilap.
Dalam pada itu, Google Pixel 7 akan mempunyai dua sensor kamera manakala Pixel 7 Pro akan mempunyai tiga sensor.
Google tidak memberikan sebarang gambaran bahagian hadapan namun tidak banyak perubahan dijangkakan berbanding Google Pixel 6 Series.
Dua lagi produk Google yang akan diperkenalkan bersama Google Pixel 7 Series adalah Pixel Watch manakala Pixel Tablet dijangka akan memasuki pasaran pada tahun 2023 juga dengan cip Google Tensor.