Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6a kini rasmi dengan cip Tensor dan skrin OLED – harga sekitar RM 1,969

Google secara rasminya telah memperkenalkan Google Pixel 6a yang merupakan model paling berpatutan didalam Pixel 6 Series pada harga $449 yang mana ianya adalah harga yang seperti Pixel 5a.

Google dedahkan reka bentuk Pixel 7 Series – akan lancarkan Pixel Watch dan Pixel Tablet

Google Pixel 6a hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dengan resolusi FHD+ namun kadar segar semula hanya 60Hz.

Dalam pada itu, reka bentuk Google Pixel 6a ini adalah sama seperti dua model Pixel 6 yang lain dengan rangka aluminium namun lapisan gelas keselamatan yang digunakan adalah Gorilla Glass 3 manakala panel belakang diperbuat daripada plastik dengan pensijilan IP67.

Selain itu, Google Pixel 6a dijana dengan cip Google Tensor yang turut disertakan dengan cip keselamatan Titan M2, 6GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 128GB jenis UFS3.1.

Ke bahagian kamera, Google Pixel 6a hadir dengan sensor utama 12.2MP yang mempunyai aperture f/1.7 yang mempunyai OIS dan sensor ultrawide 12MP f/2.2. Kamera selfie adalah 8MP.

Bercakap mengenai bateri, Google Pixel 6a memiliki bateri 4,410mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W USB PD-Charging.

Lain-lain spesfikasi Google Pixel 6a adalah sensor capjari dalam skrin, mod always on, pembesar suara stereo, sokongan HDR dan Android 12.

Google Pixel 6a akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Chalk, Charcoal, dan Sage pada harga $449 (sekitar RM 1,969).

Telefon ini akan ditawarkan di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Puerto Rico, Singapura, Sepanyol, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat mulai 28 Julai 2022.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.