Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A Series kini menyokong rangkaian 5G di Malaysia

Samsung telah mengesahkan bahawa telefon pintar Galaxy A Series terbaru mereka iaitu Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G kini menyokong rangkaian 5G di Malaysia dibawah Digital Nasional Berhad.

Untuk pengetahuan anda, satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menyokong rangkaian 5G adalah YES dan ianya menawarkan anda pelan 5G serendah RM 30 sebulan namun terdapat juga pelan percuma YES FT5G Discover Plan yang memberikan anda akses 5G tanpa had untuk 30 hari.

Untuk menikmati rangkaian 5G pada telefon pintar Galaxy A Series ini pastikan anda melalukan kemaskini perisian yang terbaru.

Ini adalah waktu terbaik untuk anda mendapatkan Samsung Galaxy A Series kerana promosi pelancaran telefon pintar ini masih ditawarkan sehingga 31 Mei ini.

Berikut adalah promosi yang ditawarkan bagi Samsung Galaxy A Series :

Samsung Galaxy A33 5G – RM 1,499 – percuma Card Slot Cover bernilai RM59

Samsung Galaxy A53 5G – RM 1,849 – percuma Galaxy A53 5G Protective Standing Cover bernilai RM99

Samsung Galaxy A73 5G – RM 2,099 – percuma Camera Filter Mount bernilai RM169

Selain itu, Samsung juga menawarkan diskaun 20% bagi pembelian pelan Samsung Care+ yang memberikan anda ketenangan minda dari insiden tidak dingini.

Maklumat lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.