Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Roadshow Samsung Galaxy Stage akan berlangsung di tiga lokasi mulai 11 Mei

Roadshow Samsung Galaxy Stage akan berlangsung di tiga lokasi mulai 11 Mei 1

Roadshow Samsung Galaxy Stage akan berlangsung di tiga lokasi mulai 11 Mei 2

Samsung Malaysia telah mengumumkan roadshow Samsung Galaxy Stage yang akan berlangsung di 3 bandar utama mulai 11 Mei ini dan akan menampilkan beberapa barisan terbaik jenama itu, termasuk Galaxy S22 Series, Galaxy Tab S8 Series dan produk Galaxy Wearables.

Roadshow Samsung Galaxy Stage akan berlangsung di Mid Valley Megamall dari 11 hingga 15 Mei, diikuti oleh Gurney Plaza di Pulau Pinang dari 18 hingga 22 Mei dan akhir sekali di Mid Valley Southkey di Johor Bahru dari 25 hingga 29 Mei 2022.

Roadshow Samsung Galaxy Stage akan berlangsung di tiga lokasi mulai 11 Mei 3

Roadshow Galaxy Stage ini menawarkan pengguna peluang mencuba setiap kategori produk Samsung di zon imersif berbeza yang disediakan di tapak. Dan jika anda bukan pengguna Samsung, tetapi berminat dengan produk Samsung, anda dijemput untuk menyertai roadshow khas ini.

Selain itu, jika anda membuat pembelian di roadshow atau mendaftar ke Galaxy Masterclass, anda akan menikmati hidangan sejuk dengan aiskrim Inside Scoop percuma dari Desert Bar. MAMEE juga menawarkan pek MAMEE percuma kepada semua pengunjung di gerai Night in the Park!

Samsung juga akan menawarkan tawaran menarik eksklusif di roadshow dari Samsung Experience Store, Harvey Norman/SenQ bagi pembelian Samsung Galaxy S22 Series :

Samsung Galaxy S22 Ultra – dari RM 5,099

Samsung Galaxy S22+ – dari RM 4,099

Samsung Galaxy S22 – dari RM 3,499

Hadiah Percuma Bernilai RM 1,316

• 1 unit Percuma Galaxy Watch 4 (40mm), bernilai RM899

• Camera Filter Mount bernilai RM169

• Galaxy Silicone Cover dengan Strap + 1 Strap Edisi Terhad, bernilai RM248

Pembelian PWP: Nikmati diskaun sehingga 30% bagi pembelian produk Galaxy Wearable dan aksesori .

Tawaran Samsung Care+ 1+1: Pelan perlindungan menyeluruh sehingga 2 tahun termasuk lanjutan kepada waranti standard.

Maklumat lanjut dan daftar untuk Galaxy Stage di https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-stage/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.