Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini 7

realme Malaysia telah mengesahkan secara rasmi bahawa telefon pintar edisi khas realme 9 Pro+ Free Fire akan dilancarkan pada 18 Mei ini.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini telah dilancarkan di pasaran Thailand sebelum ini.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini hadir dengan reka bentuk yang bertemakan permainan video popular Free Fire.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini 8

Antara perbezaan yang ada pada panel belakang realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini adalah logo realme diletakkan pada bahagiang tengah manakala logo Free Fire didalam kemasan pelangi diletakkan pada bahagian bawah.

Panel ini juga mempunyai corak sirip yang berbeza dan memantulkan pelbagai warna pada sudut tertentu.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini 9

Selain itu, edisi terhad realme 9 Pro+ ini juga hadir dengan kotak pembungkusan yang mempunyai elemen Free Fire dan ini termasuk beberapa pelekat Free Fire, peta Free Fire dan banyak lagi.

Dalam pada itu, realme 9 Pro+ Free Fire Edition hadir dengan spesifikasi yang sama seperti edisi biasa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.