Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 akan menyokong pengecasan 25W

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 akan menyokong pengecasan 25W 3

Selepas pelancaran Galaxy S22 Series pada awal tahun ini, Samsung boleh dikatakan sudah memfokuskan kepada pelancaran peranti flagship foldable mereka iaitu Galaxy Z Series dan tahun ini kita akan menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4.

Maklumat terbaru mengenai telefon pintar ini yang telah didedahkan melalui penyenaraian di 3C China adalah kedua-dua model ini akan menyokong pengecasan 25W seperti generasi sebelum ini.

Selain itu, beberapa maklumat mengenai Samsung Galaxy Z Fold4 juga telah diketahui iaitu bateri 4,400mAh, sokongan S Pen namun tiada slot terbina dan sistem kamera yang sama seperti pada Samsung Galaxy S22 Ultra (kecuali sensor periskop) iaitu sensor utama 108MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 3x 10MP.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.