Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI akan lancarkan produk flagship 2022 pada 18 Mei ini – termasuk HUAWEI Mate Xs 2

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan pelancaran global produk flagship 2022 mereka pada 18 Mei ini dan produk ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada 19 Mei.

HUAWEI akan memperkenalkan beberapa produk baharu yang termasuk telefon pintar foldable HUAWEI Mate Xs 2, HUAWEI Watch GT 3 Pro, HUAWEI Watch Fit 2 dan banyak lagi.

Paling mencuri tumpuan adalah HUAWEI Mate Xs 2 yang baharu sahaja dilancarkan di China dan ianya merupakan telefon pintar foldable dengan skrin lipat luaran.

Untuk spesifikasi HUAWEI Mate Xs 2 anda boleh baca laporan pelancaran HUAWEI Mate Xs di SINI

Anda boleh menyaksikan pelancaran produk flagship HUAWEI 2022 ini pada 18 Mei ini bermula jam 8 malam di laman rasmi HUAWEI  atau di Facebook HUAWEI Malaysia.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.