Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X5 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Mei ini

OPPO secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship 2022 mereka iaitu OPPO Find X5 Pro di Malaysia pada 18 Mei ini.

OPPO Find X5 Pro telah dilancarkan pada 24 Februari yang lalu bersama-sama satu lagi model iaitu OPPO Find X5 namun bagi pasaran Malaysia hanya Find X5 Pro sahaja akan ditawarkan.

Selain itu, OPPP Find X5 Pro ini turut ditawarkan didalam dua versi yang menggunakan cipset berbeza iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dan Dimensity 9000.

Bagi pasaran Malaysia, OPPO Find X5 Pro ini dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Untuk maklumat penuh spesfikasi OPPO Find X5 Pro, anda boleh baca laporan pelancaran global kami di SINI

Dalam pada itu, sempena pelancaran OPPO Find X5 Pro ini, OPPO Malaysia juga telah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka didalam kempen “Save the Night”.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.