Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Launcher kini ditawarkan untuk peranti Android 11 dan ke atas

Pada bulan Mac yang lalu, Nothing telah mengumumkan perancangan untuk melancarkan telefon pintar pertama mereka tahun ini yang akan memfokuskan kepada minimalism dan  pengguna ekosistem lengkap yang sama seperti syarikat gergasi Apple dan Samsung.

Sebelum pelancaran telefon pintar, Nothing telah memperkenalkan satu launcher yang kini telah boleh dimuatnaik pada telefon pintar Android namun ianya masih ditahap beta.

Selain itu, kemaskini terbaru launcher Nothing ini membolehkan ianya digunakan pada semua telefon pintar Android yang mempunyai sistem operasi Android 11 dan ke atas.

Pengguna juga boleh memberikan maklum balas untuk memperbaiki launcher ini akan digunakan pada telefon pintar Nothing sebagai NothingOS.

Sebelum ini, launcher Nothing ini akan ditawarkan pada telefon pintar seperti Samsung Galaxy S21 Series, Galaxy S22 Series dan Google Pixel 6.

Anda boleh muat naik Nothing Launcher untuk peranti Android anda di SINI

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.