Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1″ 47MP

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1" 47MP 11

Sharp secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship Aquos R7 yang merupakan pengganti kepada Aquos R6 dan ianya disertakan dengan sensor kamera berukuran 1.0-inci yang lebih berkuasa.

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1" 47MP 12

Apa yang lebih menarik adalah, sensor kamera telefon pintar Sharp ini telah dibangunkan bersama Leica dari proses R&D sehingga ke proses penyelarasan kualiti imej.

Sharp Aquos R7 hadir dengan skrin paparan Pro IGZO OLED 120Hz berukuran 6.6-inci yang membolehkan ianya menawarkan kadar segar semula dinamik antara 1Hz sehingga 240Hz.

Skrin paparan ini hadir dengan resolusi  FHD+ dengan kecerahan maksima sehingga 2,000nits dan terdapat juga sensor capjari dalam skrin.

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1" 47MP 13

Beralih kepada bahagian dalaman, Sharp Aquos R7 hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang disertakan dengan 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 128GB (UFS3.1).

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1" 47MP 14

Sensor Summicron Leica 1” yang digunakan pada Sharp Aquos R7 ini mempunyai resolusi 47MP dan ianya menggunapakai lensa 7P yang mempunyai aperture f/1.9 dan mampu menyerap 6 kali ganda lebih cahaya berbanding sensor pada Aquos R6. Kamera selfie adalah 12.6MP.

Selain itu, sensor besar ini juga mempunyai EIS dan terdapat satu sensor portait 1.9MP serta lampu flash.

Selain itu, Sharp Aquos R6 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, sensor capjari terbina dalam skrin, kamera selfie 12MP serta pensijilan kalis air dan habuk (IPX5/8 & IP6X).

Sharp Aquos R7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan sensor 1" 47MP 15

Sharp Aquos R7 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan silver yang mana ianya akan mula dijual dipasaran Jepun pada bulan Julai.

Harga Sharp Aquos R7 ini masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.