Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra – Prestasi flagship Snapdragon 8 Gen 1 dan ciri RAM Plus


Samsung Galaxy S22 Series telah dilancarkan beberapa bulan lalu dan ianya merupakan siri Galaxy yang tampil dengan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Setelah sekian lama tampil dengan cipset Exynos, Samsung akhirnya memenuhi hajat pengguna di Malaysia dan menawarkan generasi Galaxy S kali ini ini dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 1.

Penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada Samsung Galaxy S22 Series menjanjikan pengguna satu pakej peranti dengan prestasi terbaik dipasaran.

Selain daripada itu, cip Snapdragon 8 Gen 1 yang digunakan pada Galaxy S22 Ultra di Malaysia juga membawakan sokongan 5G, Wi-Fi 6e, dual-band GPS dan kuasa AI yang didakwa 4 kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga disertakan dengan teknologi RAM Plus yang menawarkan pengguna pilihan untuk menggunakan storan dalaman sebagai RAM iaitu antara 2GB hingga 8GB.

Ciri RAM Plus membolehkan Samsung Galaxy S22 Series menawarkan pengurusan multitasking yang lebih lancar dan pembukaan lebih banyak aplikasi di latar belakang tanpa memberikan kesan kepada prestasi peranti.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan Galaxy S22 Series akan menerima sehingga 4 tahun kemaskini Android yang bermaksud keluarga Galaxy S22 Series akan menerima Android 13, Android 14, Android 15 dan Android 16.

Tidak setakat itu, Samsung juga komited untuk menawarkan sehingga 5 tahun kemaskini keselamatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, atau membeli peranti Samsung Galaxy yang terkini, sila lihat pautan di bawah:

Galaxy S22 Ultra 5G

Galaxy S22+ | S22 5G

BacaULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra – Ini adalah Note terbaik

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.