Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengembaraan dengan Samsung Galaxy S22 Series

Pengembaraan dengan Samsung Galaxy S22 Series 9

Jika anda seorang peminat adrenalin yang suka menjalani kehidupan yang mencabar, sentiasa keluar dan melibatkan diri dengan aktiviti yang mendebarkan atau mencuba sukan dan minat baharu, Samsung Galaxy S22 Series adalah teman yang boleh dipercayai untuk pengguna lasak di luar sana!

Peranti ini padat dengan hayat bateri yang berkuasa iaitu 3,700mAh pada Galaxy S22 , 4,500mAh pada Galaxy S22+, dan bateri berkapasiti 5,000mAh pada Galaxy S22 Ultra.

Ianya mungkin memerlukan lebih kuasa untuk skrin yang lebih besar , namun Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra boleh bertahan sepanjang hari anda dengan satu pengecasan penuh.

Pengembaraan dengan Samsung Galaxy S22 Series 10

Jika bateri anda kehabisan di tengah hari anda yang penuh keseronokan disebabkan penggunaan yang tinggi, jangan risau. Samsung S22+ dan S22 Ultra menyokong pengecasan pantas 45W (Galaxy S22 terhad kepada 25W ) – membolehkan anda kembali ke aktiviti anda secepat yang mungkin!

Tidak lupa juga, ketiga-tiga telefon pintar ini disertakan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+ untuk mengurangkan kerosakan jatuh dan mengekalkan pensijilan IP68 yang menawarkan perlindungan terbaik dari habuk dan air.

Pengembaraan dengan Samsung Galaxy S22 Series 11

Ini menjadikan peranti tahan lama untuk pengembaraan harian anda. Kini anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan telefon anda dari poket anda untuk merakam detik-detik menarik!

Pengembaraan dengan Samsung Galaxy S22 Series 12

Anda boleh menjangkakan perkara yang tidak dijangka didalam pengembaraan anda, justeru memiliki telefon pintar yang kalis air, tahan lasak dan tahan lama akan memastikan anda dapat mengatasi pelbagai masalah yang tidak diduga.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.