Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra – Hiburan dan Gaming Gred Flagship

Samsung Galaxy S22 Ultra merupakan telefon pintar flagship terbaik keluaran Samsung bagi tahun 2022 yang kini sudah berusia 5 bulan.

Sebagai sebuah telefon pintar flagship, Samsung Galaxy S22 Ultra juga mempunyai pelbagai ciri untuk memberikan anda pengalaman hiburan mudah alih terbaik pada telefon pintar.

Jom kita ketahui apakah ciri yang meletakkan Samsung Galaxy S22 Ultra sebagai peranti hiburan terbaik di pasaran.

Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2x + 120Hz

Samsung Galaxy S22 Ultra memilik skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.8-inci yang merupakan panel skrin terbaik pernah digunakan pada telefon pintar keluaran Samsung.

Panel ini mempunyai resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan anda pengalaman visual yang lebih imersif.

Selain itu, Skrin Samsung Galaxy S22 Ultra juga mempunyai kadar kecerahan maksima 1,750nits yang memastikan penggunaan dibawah cahaya matahari terik bukan lagi satu masalah.

Dalam pada itu, skrin Samsung Galaxy S22 Ultra juga memiliki sokongan HDR10+ yang membolehkan anda menikmati kualiti terbaik pada platform penstriman popular seperti Netflix, Amazon Prime Video dan banyak lagi.

Pembesar suara stereo Dolby Atmos

Samsung Galaxy S22 Ultra menampilkan pembesar suara stereo yang diletakkan pada bahagian atas dan bawah yang memberikan pengguna pengalaman bunyi stereo yang cinematik dengan Dolby Atmos.

Pembesar suara ini juga cukup lantang untuk memberikan pengalaman hiburan yang terbaik dan terdapat juga sokongan Dolby Atmos untuk Gaming.

Prestasi Gaming Terbaik

Samsung Galaxy S22 Ultra juga dilihat mampu menawarkan anda prestasi gaming terbaik dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, Samsung Galaxy S22 Series juga dilengkapi aplikasi Gaming Launcher yang memastikan prestasi ketika gaming lebih berkuasa dan stabil.

Bateri 5,000mAh 

Samsung Galaxy S22 Ultra juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memastikan anda boleh menikmati hiburan yang lebih lama tanpa perlu mengecas peranti.

Tidak cukup dengan itu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga menawarkan sokongan pengecan pantas 45W yang memastikan waktu pengecasan tidak terlalu lama dan mampu mencapai tahap 100% dalam masa sekitar 60 minit sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut, atau membeli peranti Samsung Galaxy yang terkini, sila lihat pautan di bawah:

Galaxy S22 Ultra 5G

Galaxy S22+ | S22 5G

BacaULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra – Ini adalah Note terbaik

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.