OnePlus 10R kini rasmi dengan cip Dimensity 8100 Max dan pengecasan pantas 150W
OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan OnePlus 10R dan ianya ditawarkan didalam dua varian iaitu OnePlus 10R yang biasa dan OnePlus 10R 150W SUPERVOOC Endurance Edition
Kedua-dua versi ini berkongsi spesfikasi yang sama dan tanpa melengahkan masa mari kita terokai spesifikasi telefon pintar ini.
OnePlus 10R hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menyokong kandungan HDR10+ dan ianya mempunyai cipset paparan khas untuk mengstabilkan kadar bingkai pada permainan video dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Selain itu, OnePlus 10R hadir dengan cip 5nm MediaTek Dimensity 8100 Max eksklusif untuk OnePlus, dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB atau 12GB dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB. Antaramuka OxygenOS 12.1 yang berasaskan Android 12 juga disertakan.
Selain itu, OnePlus 10R juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
OnePlus 10R edisi biasa memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya memiliki sokongan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.
Selain itu, OnePlus 10R 150W SUPERVOOC Endurance Edition pula memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang membolehkan pengecasan dari tahap 0-50% dilakukan didalam 5 minit sahaja.
Selain itu, OnePlus juga menyertakan teknologi perlindungan Smart Battery Health Algorithm dan Healing Technology yang memastikan kapasiti bateri akan kekal pada kadar 80% walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan.
OnePlus 10R akan ditawarkan di India pada harga dari INR 38,999 atau sekitar RM 2,220.