Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G – Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 23Pengenalan

Saban tahun, kepentingan siri telefon pintar kelas pertengahan kepada syarikat telefon pintar gergasi seperti Samsung semakin meningkat kerana nisbah pembelian telefon pintar ini adalah lebih tinggi berbanding telefon pintar kelas flagship.

Menyedari kepentingan ini, Samsung mula melengkapkan telefon pintar kelas midrange mereka dengan lebih banyak ciri yang diwarisi daripada peranti flagship.

Selepas pelancaran Samsung Galaxy S22 Series yang telah mendapat sambutan luar biasa, Samsung telah memperkenalkan Galaxy A Series 2022 yang boleh dikatakan sebagai satu siri midrange serba lengkap yang terdiri daripada 3 model iaitu Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G.

Model pertama yang akan kami ulas adalah Samsung Galaxy A53 5G iaitu model pertengahan didalam siri Galaxy A Series yang ditawarkan pada harga RM 1,849.

Adakah Samsung Galaxy A53 5G sesuatu yang anda cari?, jom baca ulasan kami dan ketahui mengenainya.

Sebelum itu, anda mungkin boleh membaca pandang pertama Galaxy A53 5G untuk serba sedikit pengetahuan awal tentang telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 24

p/s pengecasan dah tak ada dalam kotak

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 25

Reka Bentuk

Seperti tahun sebelum ini, Samsung Galaxy A Series kelihatan mula mewarisi sedikit sebanyak reka bentuk Galaxy S Series dan tahun ini, Samsung Galaxy A53 5G Series tampil dengan reka bentuk yang sama seperti generasi A yang sebelum ini.

Jika anda biasa dengan industri telefon pintar, kitaran produk Samsung Galaxy A Series adalah lebih pendek berbanding Galaxy S Series iaitu sekitar 6 bulan sahaja dan ini bermaksud reka bentuk Galaxy A53 5G adalah sama seperti Galaxy A52 dan Galaxy A52s dengan kemasan panel belakang matte yang ditawarkan didalam pelbagai warna menarik.

Ianya adalah panel yang diperbuat daripada plastik dengan kemasan matte yang memastikan tiada sebarang kesan capjari kelihatan.

Beralih kepada bahagian sisi, Samsung masih menggunakan rangka yang berasaskan plastik namun dengan kemasan berkilat dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67 yang telah ditawarkan pada generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy A53 5G juga disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak sama seperti generasi sebelum ini.

Selain itu, pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa kelantangan suara yang sangat responsif.

Pada bahagian bawah pula, Galaxy A53 5G tidak lagi menawarkan bicu audio 3.5mm, dan ini bermaksud hanya slot USB-C dan sistem pembesar suara sahaja yang ada pada bahagian ini. Harus juga kami maklumkan bahawa Galaxy A53 5G mempunyai speaker stereo Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang lebih memuaskan.

Dalam pada itu, ketiadaan bicu audio 3.5mm membolehkan slot SIM dipindahkan ke bahagian bawah dan ianya menyokong dua Nano SIM atau satu SIM dan satu kad microSD yang memberikan anda tambahan storan sehingga 1TB

Akhir sekali, Samsung Galaxy A53 5G mempunyai ukuran dimensi yang hampir sama seperti Galaxy A52s iaitu 159.6 x 74.8 x 8.1mm dengan berat 189 gram yang mendedahkan Samsung berjaya menyertakan bateri 5,000mAh yang lebih besar tanpa sebarang perbezaan kepada berat telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 26

Skrin Paparan

Samsung Galaxy A53 5G mengekalkan penggunaan skrin paparan yang sama seperti generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy A53 5G menampilkan skrin paparan Infinity-O berukuran 6.5-inci dan ianya adalah panel Super AMOLED yang menawarkan anda resolusi FHD+ dengan kepatan piksel 405ppi.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 27

Dalam pada itu, skrin ini juga menempatkan sensor capjari optikal didalam skrin yang pantas dan mampu mengesan capjari dengan efektif.

Penggunaan panel 120Hz pada Galaxy A52 bermaksud kadar segar semula ini adalah setaraf yang ditawarkan pada peranti flagship seperti Samsung Galaxy S22 Series namun kadar penyegaran dinamik pada Galaxy S Series adalah lebih terperinci.

Pada Galaxy A53 5G, Samsung menawarkan dua kategori kadar segar semula pada bahagian tetapan iaitu Smooth untuk pengalaman skrin 120Hz sepanjang masa dan Standard yang menetapkan kadar segar semula pada 60Hz sahaja. Kadar 60Hz sudah pastinya menawarkan anda penggunaan bateri yang lebih cekap.

Panel skrin Samsung Galaxy A53 5G ini juga menawarkan kecerahan maksima 800nits yang memastikan penggunaan peranti dibawah cahaya matahari yang terik adalah jelas.

Selain itu, terdapat dua profil warna skrin yang ditawarkan iaitu Vivid dan Natural. Terdapat juga tetapan white balance yang boleh dilaras mengikut kemahuan pengguna namun ianya hanya ditawarkan jika anda memilih mod Vivid.

Secara keseluruhanya, panel skrin Samsung Galaxy A53 5G menawarkan anda pengalaman skrin setaraf flagship khususnya dengan kadar segar semula 120Hz namun ketiadaan ciri adaptive refresh rate sudah pasti sedikit sebanyak memberikan kesan kepada jangka hayat bateri.

Samsung Galaxy A53 5G juga menyokong mod Always-On Display dengan beberapa pilihan tetapan paparan pada mod ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 28

Pemproses

Salah satu perubahan terbesar pada Samsung Galaxy A53 5G apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini adalah dari segi cipset.

Selepas menggunakan cip Snapdragon pada beberapa generasi sebelum ini, Samsung telah beralih kepada penggunaan cip keluaran mereka yang tersendiri iaitu Exynos 1280.

Exynos 1280 adalah cip 5nm yang menjanjikan kuasa pemprosesan yang baik namun cip ini dikatakan tidak setaraf dengan cip Snapdragon 778G yang prestasi lebih baik.

Cip Exynos 1280 ini memiliki dua teras Cortex-A78 berkelajuan sehingga 2.4GHz dan 6 teras Cortex A-66 berkelajuan 2.0GHz serta GPU Mali G-68. Penggunaan Exynos 1280 juga bermaksud Galaxy A53 5G tidak menyokong WiFi 6 seperti Galaxy A52s 5G.

Seperti generasi sebelum ini, Samsung Galaxy A53 5G juga memiliki 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB dan ianya turut disertakan dengan teknologi RAM Plus yang membolehkan lebih banyak aplikasi aktif pada latar belakang dan sedia untuk digunakan dengan serta merta apabila diperlukan.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 29

Bercakap mengenai UI, Samsung Galaxy A53 5G tampil dengan keistimewaan Android 12 yang diterapkan pada One UI 4.1 iaitu Color Palettes yang mana satu perubahan warna bermaksud keseluruhan antaramuka akan berubah warna yang termasuk ikon, menu, butang dan latar belakang.

Selain itu, Samsung juga telah menyatakan komitmen untuk menawarkan sehingga 4 generasi kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan Android yang pasti disambut baik pengguna yang membeli telefon pintar untuk kegunaan jangka masa panjang.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 30

Satu ciri baharu pada Samsung Galaxy A53 5G ini adalah Link to Windows yang membolehkan anda beroperasi dengan telefon pintar terus pada komputer anda seperti berkongsi imej, menguruskan notifikasi dan membuat panggilan. Ciri ini masih belum setaraf mod DeX yang masih eksklusif pada peranti flagship.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi prestasi apabila dibandingkan dengan cip Snapdragon pada generasi sebelum ini, Samsunh Galaxy A53 5G adalah telefon pintar yang mampu menguruskan tugas yang diberi tanpa sebarang masalah.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 31

Kamera

Pasaran telefon pintar midrange amat popular dengan penawaran tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor wide, sensor ultrawide, sensor makro dan depth.

Samsung memilih untuk kekal menggunakan sensor yang sama seperti generasi sebelum ini dan ini merupakan generasi ketiga untuk hadir dengan tetapan sensor yang sama.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 32

Kelebihan terbesar yang dimiliki Samsung Galaxy A53 5G adalah sensor wide 64MP yang digunakan pada telefon pintar yang juga mempunyai OIS.

Selain daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide  yang digunakan pada Galaxy A53 5G adalah unit 12MP manakala dua sensor lain adalah sensor depth dan sensor makro pada resolusi 5MP dan bukanya 2MP seperti pada kebanyakkan telefon midrange di pasaran.

Penawaran optik pengstabilan imej (OIS) pada sensor utama memberikan sensor kamera Galaxy A53 5G satu kebolehan fotografi yang lebih baik dimana kekaburan akibat tangan bergoyang kini tidak lagi akan berlaku.

Aplikasi kamera Samsung Galaxy A53 5G adalah sama seperti pada telefon pintar Samsung yang lain namun pada model ini terdapat juga FUN MODE yang memberikan anda akses kepada AR Filters hasil kerjasama dengan Snapchat dan ianya juga boleh digunakan untuk mengambil video.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan FUN Mode anda mesti mempunyai sambungan internet yang berterusan

Selain itu, mod 64MP yang ditawarkan pada Galaxy A53 5G juga dilihat mampu memberikan anda hasil gambar yang lebih berkualiti tanpa sebarang kekaburan.

Dalam pada itu, salah satu kekurangan Galaxy A53 5G adalah ketiadaan sensor telefoto yang bermaksud pengzoom pada telefon pintar ini hanya dilakukan secara digital iaitu dengan melakukan zoom pada gambar dan bukanya magnifikasi seperti yang ditawarkan sensor telefoto.

Selain itu, gambar daripada sensor ultrawide 12MP juga ternyata baik walaupun tidak setaraf sensor utama dan tahap ketelitian gambar juga sedikit kurang

Walaubagaimanapun, pretasi mod malam pada sensor 12MP ultrawide ternyata tidak memuaskan dan kami lebih gemar untuk menggunakan sensor utama bagi fotografi malam .

Samsung Galaxy A53 juga menyokong fotografi makro dengan penggunaan sensor 5MP yang ternyata mampu mengambil gambar makro yang lebih teliti dengan pada jarak dekat.

Aplikasi kamera Samsung juga boleh mengesan sensor kamera berada dekat pada sesuatu objek dan memberikan anda pilihan untuk beralih kepada mod makro dengan menekan ikon ‘Use Macro mode’ pada skrin.

Dalam pada itu, mod potrait Samsung Galaxy A53 5G juga tidak mengecewakan dimana ianya boleh digunakan untuk mengambil potret manusia dan juga objek. Samsunh juga menawarkan anda pilihan untuk menukar kesan kabur pada latar belakang gambar ini yang mana terdapat beberapa pilihan efek menarik seperti Spin, Zoom, Colour Point dan banyak lagi.

Kamera selfie Samsung Galaxy A53 5G adalah unit 32MP yang menjanjikan anda satu sensor selfie mampu memenuhi keperluan selfie samada untuk koleksi peribadi ataupun untuk dimuatnaik pada akaun media sosial anda.

ULASAN : Samsung Galaxy A53 5G - Prestasi hampir sama pada harga lebih berpatutan 45

Bateri

Samsung Galaxy A53 5G menampilkan penggunaan sel bateri berkapasiti 5,000mAh yang mana ianya adalah lebih besar berbanding pada generasi sebelum ini dan anda menerima ‘upgrade’ ini tanpa sebarang kesan kepada berat peranti.

Telefon pintar ini juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 25W namun mengecewakan generasi kali ini tidak lagi disertakan dengan adapter pengecasan didalam kotak.

Ini bermaksud untuk menikmati pengecasan pantas 25W anda perlu membeli adapter PD charger yang menyokong kabel USB-C ke USB-C yang disertakan didalam kotak.

Dengan menggunakan adapter 25W, bateri yang dimiliki Samsung Galaxy A53 5G ini dilihat mampu mencapai tahap pengecasan 100% didalam masa kurang dari 90 minit yang tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan.

Penutup

Samsung Galaxy A53 5G adalah telefon pintar yang lengkap dengan reka bentuk yang menarik perhatian dan kualiti yang boleh dipercayai.

Penawaran pensijilan IP67 juga satu tambah nilai kerana tiada pengeluar lain yang mampu menawarkan ciri seperti ini pada tahap harga midrange selain Samsung melalui Galaxy A Series ( Galaxy A33 5G pun ada IP67).

Selain itu, Samsung Galaxy A53 5G juga  memiliki skrin paparan Super AMOLED 120Hz yang sedikit sebanyak hampir kepada teknologi gred flagship dan jangka hayat bateri juga boleh diberikan pujian.

Walaupun cip Exynos 1280 dilihat tidak setaraf cip generasi lalu, penawaran antaramuka OneUI 4.1 dengan Android 12 adalah sesuatu yang baik dan ianya ditambah dengan komitmen kemaskini sehingga 4 generasi sistem operasi Android yang lebih baik dari telefon pintar keluaran Google sendiri.

Samsung Galaxy A53 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,849 dan setiap pembelian akan turut menerima Protective Standing Cover bernilai RM 99.

Dapatkan Samsung Galaxy A53 5G di Samsung Online Store atau saluran jualan rasmi yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.