Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tips untuk memaksimakan potensi HUAWEI nova 9 SE dengan AppGallery

Tips untuk memaksimakan potensi HUAWEI nova 9 SE dengan AppGallery

HUAWEI nova 9 SE telah berada di pasaran Malaysia sejak bulan Mac yang lalu namun permintaan bagi telefon pintar terbaru nova ini kekal kukuh sehingga ke hari ini.

HUAWEI nova 9 SE juga telah diangkat sebagai antara telefon pintar pada kategori harga RM 1,000 terbaik di Malaysia.

Walaubagaimanapun, terdapat pengguna HUAWEI nova 9 SE yang masih belum menggunakan sepenuhnya potensi telefon pintar ini.

Berikut adalah beberapa tips untuk meneroka potensi HUAWEI nova 9 SE.

Tiada nova tanpa AppGallery

HUAWEI nova 9 SE adalah sebuah telefon pintar yang lengkap dari semua aspek, seperti teknologi Quad Kamera 108MP AI yang menawarkan pengalaman fotografi terbaik didalam kelas harga, skrin paparan Super Display dengan bezel nipis 1.08mm dan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W.

Salah satu tunjang kepada kejayaan HUAWEI nova 9 SE adalah AppGallery yang merupakan stor aplikasi ketiga terbesar didunia dan pengguna telefon pintar ini kini dapat menikmati pelbagai aplikasi popular dari dalam dan luar negara.

Dengan sokongan dari rakan kongsi dan pengguna, AppGallery kini mempunyai 580 juta pengguna aktif di seluruh dunia yang meliputi 170 negara dan benua.

Selain itu, pada tahun 2021, AppGallery telah berjaya memperolehi 432 bilion muaturun global dan AppGallery juga telah menyaksikan penambahbaikan yang tinggi di Malaysia dimana hampir 98% aplikasi popular tempatan kini boleh dimuaturun di stor aplikasi ini atau melalui Petal Search.

Kini, AppGallery menjadi platform yang meningkatkan semangat “nova” melalui aplikasi penting dan gaya hidup yang tersedia di platform untuk golongan muda menjalani gaya hidup unggul dan bertenaga.

Cipta vlog unik anda dengan aplikasi suntingan video

HUAWEI nova 9 SE merupakan satu telefon pintar terbaik untuk vlog khusunya dengan ciri rakaman video Continuous Front & Rear Recording yang membolehkan penggunaan merakam video dari dua prespektif yang berbeza.

Dalam pada itu, vlog kini lebih interaktif kerana AppGallery menyediakan anda pelbagai pilihan aplikasi suntingan video popular dipasaran seperti CapCut, InShot, Piscart, PhotoEditor dan BeautyPlus untuk menyempurnakan lagi rakaman video vlog anda.

Kongsikan detik indah melalui aplikasi sosial

Pengguna HUAWEI nova 9 SE mampu merakam detik terbaik kehidupan mereka dengan kamera 108MP beresolusi tinggi dan berkongsikan detik ini serta merta ke aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Snapchat dan TikTok. Anda juga boleh sentiasa berhubungan dengan rakan melalui aplikasi permesejan popular seperti LINE, WeChat, Telegram dan banyak lagi.

Nikmati hiburan imersif pada HUAWEI nova 9 SE yang mempunyai skrin dengan bezel ultra nipis

Skrin paparan 90Hz HUAWEI nova 9 SE hadir dengan reka bentuk bezel skrin yang nipis iaitu berukuran 1.08mm pada setiap sisi dan ini memberikan pengguna pengalaman visual terbaik apabila menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Antara aplikasi hiburan atau penstrima yang tersedia di HUAWEI AppGallery adalah HUAWEI Video, Astro GO, iflix , iQIYI dan banyak lagi.

Tingkatkan Kecekapan Kerja dengan aplikasi produktiviti terbaik

HUAWEI AppGallery dibanjiri pelbagai aplikasi yang mampu meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti seperti Microsoft Office Gspace dan WPS office yang menjanjikan tugasan dilakukan dengan lebih professional dan efisien.

HUAWEI nova 9 SE juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas 66W SuperCharge yang menawarkan pengguna satu sistem pengecasan yang terpantas dan selamat dengan pengecasan penuh didalam masa 36 minit sahaja.

Syurga membeli belah pada telefon pintar

Dengan satu ketikan pada telefon pintar, pengguna boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan daripada platform e Dagang seperti Lazada,Shopee dan Taobao. Terdapat juga aplikasi e-shopping lain yang popular di AppGallery seperti Zalora yang menawarkan anda akses kepada fesyen terkini di hujung jari.

Terokai aplikasi kegemaran anda di AppGallery

Pengguna HUAWEI nova 9 SE boleh menggunakan AppGallery yang tersedia pada peranti untuk memuaturun aplikasi kegemaran mereka dengan mudah.

AppGallery merupakan platform pengedaran aplikasi rasmi HUAWEI, dan salah satu daripada 3 stor aplikasi terbaik di dunia. Pengguna boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih yang dipilih susun dan pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan ganjaran VIP merentas pelbagai kategori termasuk permainan, sosial, pendidikan beli-belah, gaya hidup dan fesyen.

Kini, kebanyakkan aplikasi telah mula ditawarkan di AppGallery yang membolehkan pengguna mempunyai akses kepada aplikasi popular tempatan seperti Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan banyak lagi.

Bagi peminat gaming, anda tidak terabai kerana AppGallery juga menyediakan pelbagai aplikasi permainan video popular seperti Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang dan banyak lagi. Pengguna AppGallery juga berpeluan menjadi yang pertama untuk mencuba permainan videk baharu dan menikmati promosi eksklusif.

Terdapat banyak kelebihan di AppGallery, ianya mampu memenuhi keperluan majoriti pengguna setiap hari.

Ketika ini HUAWEI nova 9 SE dan HUAWEI Matepad 10.4 (2022) memberikan yang terbaik pada HUAWEI AppGallery dan pengguna boleh memuat turun kebanyakan Aplikasi kegemaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI nova 9 SE dan HUAWEI Matepad 10.4 (2022), layari HUAWEI Online Store atau kunjungi HUAWEI Experience Store yang berhampiran anda.

Berikut ialah beberapa Video Perkhidmatan Pelanggan HUAWEI Musim 2 untuk anda fahami tentang HUAWEI nova 9 SE dan AppGallery:

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.