Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi meneroka budaya dan kehidupan Asia Tenggara bersama National Geographic dengan Xiaomi 12 Series

Xiaomi menghimpunkan empat pencerita visual di Asia Tenggara untuk berkongsi minat dan cerita mereka dengan Xiaomi 12 Series yang terbaharu.

Kempen ‘Proactive Action’,, yang dihasilkan oleh National Geographic Creative Works untuk Xiaomi, mendokumenkan dan meningkatkan kesedaran tentang sebab-sebab yang dekat di hati para pencerita, dalam usaha untuk menimbulkan minat dan mengekalkan kewujudan mereka.

Kisah-kisah ini diceritakan melalui mata jurugambar terkenal dari setiap negara yang mencerminkan perspektif tempatan mereka – Annice Lyn dari Malaysia, Gab Mejia dari Filipina, Sirachai “Shin” Arunrugstichai dari Thailand, dan Linh Pham dari Vietnam.

Kempen ‘Proactive Action’ akan menampilkan satu siri foto dan video pendek untuk menyerlahkan tema berbeza yang dipilih oleh setiap penjelajah, di mana Xiaomi 12 Pro akan diuji melalui tiga sensor kamera pro-gred 50MP , sekaligus menyerlahkan ciri baharu seperti ProFocus dan Ultra Night Video.

Kempen ini merangkumi pelbagai tema sosial, budaya dan alam sekitar yang dekat dengan hati setiap penjelajah.

Peneraju teknologi global itu juga telah menganjurkan bengkel yang dipanggil Akademi Fotografi Xiaomi di Malaysia, di mana para peserta dibawa melalui perjalanan mengalami karya agung yang dicipta dan dirakam melalui Xiaomi 12 Pro oleh Annice Lyn, yang mendokumentasikan cerita secara visual yang sesuai dengan topik kritikal.

Xiaomi Photography Challenge

Pertandingan fotografi Xiaomi Photography Challenge akan turut diadakan sempena kempen tersebut, di mana Peminat dan pelanggan Xiaomi boleh menyertai untuk memenangi hadiah menarik termasuk telefon pintar baharu Xiaomi 12, Xiaomi Watch S1 dan banyak lagi.

Ianya akan berlangsung dari 13 Mei hingga 13 Jun 2022 melalui laman Facebook Xiaomi Malaysia, mereka yang berminat untuk menyertai hanya perlu merakam dan menghantarkan gambar yang sesuai dengan tema pertandingan yang berkaitan dengan “Rakyat, kehidupan dan budaya Asia Tenggara”, yang menggambarkan kemahiran teknikal dan kehebatan bercerita visual.

Gambar yang dihantar perlu memenuhi keperluan berikut:

Foto mesti diambil dan diedit dengan telefon Xiaomi / Redmi sahaja.

Tiada perkakasan selain daripada telefon Xiaomi / Redmi anda boleh digunakan untuk mengambil gambar; Foto mesti mengandungi maklumat EXIF; dan Foto hendaklah antara 300K – 50M.

Setiap Peserta hanya boleh memuat naik maksimum lima (5) Gambar sepanjang tempoh pertandingan.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.