OPPO A96 akan mula dijual pada 23 April – beli di roadshow untuk ganjaran berganda
OPPO A96 telah dilancarkan secara rasmi minggu lalu dan ianya telah diumumkan akan mula dijual pada 23 April dengan beberapa tawaran menarik untuk pengguna.
BACA : ULASAN : OPPO A96 – Peranti Midrange A Series dengan storan berganda 256GB pada harga RM 1,299
OPPO akan mengadakan roadshow di 4 lokasi seluruh negara yang mana setiap pembelian akan menerima kotak hadiah bernilai RM 99 dan ganjaran bernilai RM 399 bagi ahli My OPPO Members.
Selain itu, pelanggan terawal yang hadir di roadshow untuk membeli OPPO A96 juga akan menerima OPPO Enco Air2 bernilai RM 249 secara percuma (hanya di roadshow terpilih).
Berikut adalah senarai roadshow dan tarikh :
- Plaza Lowyat, Kuala Lumpur (18 – 24 April 2022)
- Sutera Mall, Johor Bahru (18 – 24 April 2022)
- Boulevard Shopping Mall, Kuching, Sarawak (22 – 24 April 2022)
- Wisma Saberkas,Kuching, Sarawak ((22 – 24 April 2022)
- Setia City Mall, Shah Alam, Selangor (8 April – 15 Mei 2022)
- Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang (2 – 8 Mei 2022)
Selain itu, OPPO juga akan mengadakan permainan interaktif seperti cabutan bertuah dan zon pengambilan gambar di roadshow ini untuk berpeluang memenangi hadiah percuma.
Selain itu, sempena perayaan Hari Raya da OPPO memulakan lawatan dengan tema “Double Your Raya Joy Mobile Truck Roving”, yang mempamerkan OPPO A96 dan model inovatif lain melalui zon pengalaman.
Selain itu, orang ramai dijemput menyertai karnival mini dengan ganjaran menarik seperti cabutan bertuah, bergambar, Congkak Gergasi, membuat hiasan Ketupat dan lain-lain lagi.
Ia dijadualkan bergerak ke tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, bermula dari 30 April hingga 8 Mei 2022.
AEON Mall Bukit Tinggi, Klang (30 April – 1 Mei 2022)
AEON Bandaraya, Melaka (3 – 4 Mei 2022)
AEON Tebrau, Johor (7 – 8 Mei 2022
Untuk mengetahui tentang terma dan syarat jualan pertama dan roadshow, sila lihat di SINI