Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple akan memperkenalkan sensor telefoto baharu pada iPhone 15 Series

Apple akan memperkenalkan sensor telefoto baharu pada iPhone 15 Series 3

Menurut sumber industri telefon pintar, pembekal komponen OIS dan pemfokusan auto berpangkalan di Korea Selatan telah menandatangani perjanjian dengan Apple.

Syarikat ini dilaporkan telah membuat pelaburan bernilai $155 juta untuk pembinaan kilang pengeluaran baharu dan Apple juga telah melawat kilang ini tahun lalu.

Adalah sesuatu yang biasa bagi Apple untuk menyuruh pembekal komponen utama mereka membangunkan kemudahan pengeluaran baharu dan harus di maklumkan juga bahawa Jahwa juga membekalkan modul OIS kepada Samsung.

Menurut sumber, komponen kamera daripada Jahwa ini akan digunakan pada sensor telefoto dan ianya akan disertakan pada iPhone 15 Series yang akan mula dikilangkan pada suku ke-2 2023.

Walaupun pengesahan ini memberikan petunjuk bahawa Apple akan menaiktaraf sensor telefoto mereka, ianya tidak bermaksud bahawa sensor periskop akan digunakan syarikat ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.