Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition kini rasmi – harga sekitar RM 1,507


Seperti yang dilaporkan, realme secara rasminya telah melancarkan realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition di Thailand.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini hadir menampilan reka bentuk yang bertemakan permainan video popular Free Fire.

Antara perbezaan yang ada pada panel belakang realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini adalah logo realme diletakkan pada bahagiang tengah manakala logo Free Fire didalam kemasan pelangi diletakkan pada bahagian bawah.

Panel ini juga mempunyai corak sirip yang berbeza dan memantulkan pelbagai warna pada sudut tertentu.

Selain itu, edisi terhad realme 9 Pro+ ini juga hadir dengan kotak pembungkusan yang mempunyai elemen Free Fire dan ini termasuk beberapa pelekat Free Fire, peta Free Fire dan banyak lagi.

Dalam pada itu, realme 9 Pro+ Free Fire Edition hadir dengan spesifikasi yang sama seperti edisi biasa dan ianya kini ditawarkan di pasaran Thailand pada harga BHT 11,999 atau sekitar RM 1,507 bagi varian 8/128GB.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan samada telefon pintar edisi khas ini akan memasuki pasaran lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.