Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A96 akan hadir dengan ganjaran pra-tempahan sehingga RM 947


OPPO A96 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 18 April ini dan syarikat ini kini telah mendedahkan beberapa maklumat spesifikasi dan promosi pra-tempahan yang akan ditawarkan.

OPPO A96 telah disahkan akan memiliki 8GB RAM  dengan ciri RAM Expansion dan storan dalaman yang lebih luas iaitu 256GB yang menjadikanya sebagai OPPO A Series yang pertama untuk hadir dengan konfigurasi yang luas seperti ini.

Selain itu, OPPO A96 juga telah disahkan akan memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC untuk pengguna yang sentiasa sibuk.

Dalam pada itu, pra tempahan OPPO A96 akan dibuka tidak lama lagi dan ianya akan disertakan dengan ganjaran hebat bernilai dari RM 498 sehingga RM 947 untuk tempoh terhad.

Setiap pembelian OPPO A96  akan menerima hadiah percuma, rebat tunai, baucar dan ganjaran eksklusif bagi ahli My OPPO Members . anda juga boleh mendapatkan OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2 pada kadar diskaun sebanyak 50%.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.