Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 1

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 2
vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable pertama mereka iaitu vivo X Fold.

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 3

vivo X Fold menampilkan penggunaan dua skrin iaitu satu skrin paparan luar AMOLED berukuran 6.53-inci dan satu skrin paparan utama boleh lipat LTPO3 AMOLED E5 berukuran 8.03-inci. Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Skrin paparan utama ini juga dilapisi SCHOTT UTG.

Kedua-dua skrin ini juga mempunyai sensor capjari ultrasonik terbina.

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 4

Beralih kepada komponen utama telefon pintar ini iaitu engsel, vivo X Fold menggunakan engsel floating wing yang diperbuat daripada bahan industri pembuatan kapal terbang yang membolehkan ianya tertutup rapat atau diletakkan pada sudut 60 atau 120 darjah.

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 5

Selain itu, vivo X Fold hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, 12GB RAM , storan dalaman 256GB atau 512GB dan bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W yang mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 37 minit dan terdapat juga pengecasan tanpa wayar pada kadar 50W serta pengecasan berbalik pada kadar 10W.

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 6

Ke bahagian kamera pula, kebanyakkan telefon pintar foldable hadir dengan spesifikasi kamera yang kurang memuaskan, namun vivo X Fold tampil dengan spesifikasi setaraf flagship dengan sensor utama 50MP Samsung GN5 yang memiliki OIS, sensor 12MP dengan 2x zoom, sensor persikop 5x zoom dan sensor ultrawide 48MP dengan 114Ā° FOV.

vivo juga telah berkerjasama dengan ZEISS untuk beberapa ciri fotografi tambahan seperti Texture Portrait, Motion Capture 3.0, Zeiss Super Night Scene, Zeiss Nature Color dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga dua kamera selfie iaitu satu pada setiap skrin.

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS 7
Akhir sekali, vivo X Fold akan ditawarkan didalamĀ 
tiga warna iaitu Black, Blue, dan Grey eksklusif di pasaran China (buat masa sekarang) pada harga dari CNY 8,999 (RM 5,968).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.