Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic4 Lite kini rasmi dengan Skrin 120Hz dan Snapdragon 695 – kini dijual di Malaysia

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Honor Magic4 Lite yang kini telah ditawarkan dipasaran Perancis.

Honor Magic4 Lite bukan sebuah model yang baharu, ianya turut ditawarkan sebagai Honor X30 dipasaran China manakala di Malaysia ianya baru sahaja dilancarkan sebagai Honor X9 5G.

Honor X9 5G kini rasmi di Malaysia skrin 120Hz dan Snapdragon 695 pada harga RM 1,299

Honor Magic4 Lite hadir dengan skrin paparan FullView 120Hz berukuran 6.7-inci, cip Qualcomm Snapdragon 695 5G, 6GB RAM + RAM Turbo dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Honor Magic4 Lite ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 48MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie punch-hole 16MP juga disertakan.

Honor Magic4 Lite juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W yang mampu memberikan 81% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Honor Magic4 Lite juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11, dan sensor capjari pada bahagian sisi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.