Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 kini rasmi dengan skrin AMOLED 90Hz dan sensor 108MP ISOCELL HM6


realme secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar realme Number Series iaitu realme 9 yang kini hadir tanpa sokongan 5G.


realme 9 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5. Skrini ini juga mempunyai sensor capjari dalam skrin yang juga menawarkan sokongan bacaan kadar degupan jantung.


Selain itu, realme 9 ini hadir dengan cipset Snapdragon 680, 6GB atau 8GB RAM dan storan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada kamera, realme 9 memiliki sensor utama 108MP ISOCELL HM6 yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar, sensor ultrawide 120Ā° 8MP dan sensor makro 2MP.

Akhir sekali ke bahagian bateri, realme 9 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charge.

realme 9 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna yang berasaskan reka bentuk Ripple Holographic Design iaitiu Meteor Black, Stargaze White dan Sunburst Gold.

Berikut adalah harga realme 9 di India :

realme 9 6/128GB – INR 17,999 (RM 1,000)

realme 9 8/128GB – INR 18,999 (RM 1,056)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.