Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Series akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April – harga promosi serendah RM 699


Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan
Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 series untuk pasaran Malaysia dan ianya terdiri daripada tiga model iaitu Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Pro, Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 dan Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Lite,.

Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Pro, Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 dan Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Lite, pakar pembersihan lantai profesional ini dibina dan direka bentuk untuk memastikan lantai anda bersih dan selesa di rumah.

Nikmati pembersihan yang mudah dengan ciri interaktif pintar yang dipertingkatkan, semuanya boleh dikawal melalui Aplikasi Xiaomi Home.

Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April ini pada harga RM 1,499 manakala Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 akan ditawarkan pada harga RM 1,099 diikuti Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Lite yang akan ditawarkan pada harga RM 799 sahaja.

Walaubagaimanapun, Xiaomi juga akan mengadakan jualan istimewa sempena Xiaomi Fan Festival 2022 yang membolehkan anda mendapatkanya pada harga yang lebih murah iaitu RM 1,299 bagi Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Pro , RM 799 bagi Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 dan RM 699 bagi Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Lite.

Beli Xiaomi Robot Vaccum-Mop 2 Lite di Lazada | Shopee

Beli Xiaomi Robot Vaccum-Mop 2 di Lazada | Shopee

Beli Xiaomi Robot Vaccum-Mop 2 Pro di Lazada | Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.