Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Fan Festival 2022 akan berlangsung pada 6-8 April – Edisi Khas Redmi Note 11 XFF ditawarkan pada harga RM 699


Xiaomi telah mengumumkan Xiaomi Fan Festival yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 April 2022 dan akan menyaksikan syarikat ini mengadakan pelbagai aktiviti offline dan online secara serentak di 30 pasaran untuk berhubung dengan Xiaomi Fans di seluruh dunia.

Bersempena dengan Xiaomi Fan Festival yang berlangsung buat kali ke-12 tahun ini, Xiaomi juga telah memperkenalkan Video Penjenamaan Baharu yang dikenali sebagai “Innovation for Everyone” dan ianya boleh ditonton di YouTube Xiaomi

Selain itu, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran telefon pintar Redmi Note 11 XFF Special Edition yang tampil dengan pembungkusan menarik dan logo Xiaomi Fans Festival pada panel belakang.

Xiaomi Redmi Note 11 XFF Special Edition akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 749 (4/128GB)mulai 6 April 2022 secara eksklusif di Lazada dan Shopee.

Xiaomi juga akan menawarkan diskaun sebanyak RM 50 bagi pembelian pada 6 hingga 8 April 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.