Xiaomi Redmi Note 11 Pro+ 5G akan dilancarkan pada 29 Mac ini
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran global satu lagi telefon pintar didalam Redmi Note 11 Series dan ianya akan berlangsung pada 29 Mac ini.
Telefon pintar Redmi Note 11 Series ini dikatakan sebagai model Redmi Note paling berkuasa pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dan model yang diperkatakan ini mungkin merujuk kepada Redmi Note 11 Pro+ 5G.
Redmi Note 11 Pro+ adalah telefon pintar yang mempunyai banyak persamaan dengan Redmi Note 11 Pro dimana ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan lubang punch-hole kecil berukuran 2.96mm yang menempatkan kamera selfie 16MP.
Selain itu, Redmi Note 11 Pro+ menampilkan cip pemprosesan Dimensity 920 dan terdapat tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB.
Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 Pro+ menampilkan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu memenuhi bateri didalam masa 15 minit sahaja.
Pada bahagian kamera, Redmi Note 11 Pro+ mempunyai tiga kamera iaitu sensor utama 108MP Samsung HM2, sensor ultrawide 120° 8MP dan sensor telemakro 2MP.
Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo JBL dan antaramuka MIUI 13 dengan Android 12.
Pelancaran global Redmi Note 11 Pro+ 5G ini boleh disaksikan secara langsung di laman Facebook dan Youtube Xiaomi Malaysia pada jam 8.00 malam ini.