Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo3 dilancarkan secara rasmi dengan Dimenisty 8100 dan pengecasan 150W UltraDart


realme secara rasminya telah memperkenalkan realme GT Neo3 dan ianya ditawarkan didalam varian iaitu realme GT Neo3 yang biasa dan realme GT Neo3 dengan pengecasan pantas 150W UltraDart.

Kedua-dua versi ini berkongsi spesfikasi yang sama dan tanpa melengahkan masa mari kita terokai spesifikasi telefon pintar ini.

realme GT Neo3 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menyokong kandungan HDR10+ dan ianya mempunyai cipset paparan khas untuk mengstabilkan kadar bingkai pada permainan video dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Selain itu, realme GT Neo3 hadir dengan cip 5nm MediaTek Dimensity 8100 yang disertakan bersama dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB atau 12GB dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB. Ianya turut disertakan dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Selain itu, realme GT Neo3 juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo3 edisi biasa memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya memiliki sokongan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.

Selain itu, realme GT Neo3 edisi 150W UltraDart pula memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang membolehkan pengecasan dari tahap 0-50% dilakukan didalam 5 minit sahaja.

Untuk memungkinkan teknologi pengecasan pantas ini, realme mempunyai 38 langkah keselamatan bateri yang termasuk Temperature Management Algorithm untuk memastikan suhu bateri kekal dibawah 43°C walaupun telefon pintar digunakan untuk gaming atau menonton video.

Selain itu, realme juga menyertakan teknologi perlindungan bateri Ultra Battery Protection yang memastikan kapasiti bateri akan kekal pada kadar 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

realme GT Neo3 akan ditawarkan didalam warna Silverstone Silver, Le Mans Blue dan Black.

Harga realme GT Neo3 di China adalah seperti berikut :

realme GT Neo3 6/128GB – CNY 1,999 (RM 1,325)

realme GT Neo3 8/128GB – CNY 2,299 (RM 1,524)

realme GT Neo3 12/256GB – CNY 2,599 (RM 1,722)

realme GT Neo3 150W UltraDart 8/256GB – CNY 2,599 (RM 1,722)

realme GT Neo3 150W UltraDart 12/256GB – CNY 2,799 (RM 1,855)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.