Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 50A Prime tiba di Malaysia 24 Mac ini – bersama realme GT 2 Pro


Selain realme GT2 Pro dan realme Buds Air3 , realme juga akan melancarkan realme Narzo 50A Prime untuk pasaran Malaysia pada 24 Mac ini.

realme Narzo 50A Prime dijangka tampil dengan reka bentuk Kelvar Speed Texture yang mempunyai ketebalan 8.1mm.

realme Narzo 50A Prime juga akan dilengkapi dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.6-inci. Ianya adalah panel 60Hz yang mempunyai kecerahan maksima 600nits.

Beralih kepada bahagian dalaman, realme Nazro 50A Prime hadir dengan cip pemprosesan Unisoc T612, 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

realme Narzo 50A Prime turut dilengkapi satu sensor utama 50MP bersama satu sensor makro dan sensor B&W.

Dalam pada itu, realme Narzo 50A Prime juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

realme Narzo 50A Prime dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Flash Blue dan Flash Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.