realme GT Neo3 akan menggunakan sensor utama 50MP IMX 766
realme GT Neo3 akan dilancarkan secara rasmi di China hari ini dan syarikat ini sempat untuk mendedahkan satu lagi spesifikasi utama telefon pintar ini.
realme telah mengesahkan bahawa realme GT Neo3 akan membawakan sensor utama 50MP Sony IMX 766 yang memiliki optik pengstabilan imej (OIS).
realme juga mendakwa algoritma imej baharu pada sensor ini membolehkan ianya melakukan pemfokusan 94% lebih pantas dan ianya juga dilengkapi pemfokusan auto omnidirectional.
Selain itu, realme GT Neo3 dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Satu lagi ciri utama yang akan dimiliki telefon pintar ini adalah teknologi pengecasan pantas 150W UltraDart yang diumumkan di MWC baru-baru ini.
realme perkenal teknologi pengecasan pantas UltraDart 100W-200W