Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme perkenal teknologi pengecasan pantas UltraDart 100W-200W – bakal ditawarkan pada realme GT Neo3


Selain pelancaran global realme GT 2 Series, realme juga telah mengumumkan teknologi pengecasan terbaru syarikat ini iaitu UltraDart yang merupakan arkitektur pengecasan baharu yang mampu menawarkan kadar pengecasan antara 100W hingga 200W.

Selain itu, realme juga telah mengumumkan telefon pintar untuk hadir dengan teknologi UltraDart Charging Architecture (UDCA) ini adalah realme GT Neo3 yang akan membawakan pengecasan pantas UltraDart 150W.

Untuk memungkinkan teknologi pengecasan pantas ini, realme juga hadir dengan Temperature Management Algorithm untuk memastikan suhu bateri kekal dibawah 43°C walaupun telefon pintar digunakan untuk gaming atau menonton video.

Selain itu, realme juga menyertakan teknologi perlindungan bateri Ultra Battery Protection yang memastikan kapasiti bateri akan kekal pada kadar 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

Kesemua teknologi terbaru ini akan ditawarkan pada realme GT Neo3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dengan potensi untuk menawarkan kadar kelajuan sehingga 200W, realme dijangka akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas UltraDart 200W pada peranti flagship manakala teknologi pengecasan UltraDart 100W mungkin ditawarkan pada peranti midrange yang lebih berpatutan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.