Samsung Galaxy Z Fold4 akan guna lapisan gelas Super UTG – S Pen turut terbina
Selepas pelancaran Samsung Galaxy S22 Series, pelancaran flagship seterusnya daripada syarikat gergasi Korea ini adalah peranti foldable Galaxy Z Series yang akan berlangsung selepas pertengahan kedua tahun ini.
Samsung Galaxy Z series terdiri daripada dua model iaitu Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip yang memasuki generasi keempat tahun ini.
Laporan terbaru daripada mendakwa Samsung akan menggunakan panel Ultra Thin Glass (UTG) yang lebih keras pada Galaxy X Fold4 dan ianya akan dipasarkan sebagai Super UTG.
Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold4 juha dikatakan akan membawakan sokongan S Pen yang terbina dalam peranti yang sama seperti Galaxy S22 Ultra dan penggunaan gelas yang lebih kukuh mungkin memastikan tiada keperluan untuk menawarkan S Pen khas bagi peranti foldable ini.