Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus tawar komputer riba untuk pelajar sekolah rendah – harga dari RM 1,449

Asus tawar komputer riba untuk pelajar sekolah rendah - harga dari RM 1,449 5
Asus Malaysia kini menawarkan komputer riba Asus BR1100 Series pada harga serendah RM 1,449 sempena promosi kembali ke sekolah yang berlangsung dari 18 Februari sehingga 3 April 2022.

Asus BR1100 Series adalah komputer riba bajet yang sesuai untuk pembelajaran hibrid sekolah rendah dan ianya ditawarkan didalam dua model iaitu Asus BR1100C dan Asus BR1100K yang membawakan sokongan stylus dan skrin sesentuh.

Asus tawar komputer riba untuk pelajar sekolah rendah - harga dari RM 1,449 6
Selain itu, kedua-dua komputer riba ini adalah menampilkan ketahanan setaraf gred ketenteraan, 10 jam jangka hayat bateri dan papan kekunci kalis air.

Komputer riba Asus BR1100 Series ini juga mempunyai spesifikasi utama seperti berikut :

  • Windows 10 Home
  • Pemproses IntelCeleron Dual-Core N4500
  • Integrated Intel UHD Graphics
  • 128GB eMMC
  • 4GB SDRAM
  • Berat: 1.4 kg
  •  pulangan tunai RM 150
  • Harga : RM 1,449 & RM 1,699

beli Asus BR1100 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.