Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Watch S1 Active dan Watch S1 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 649


Selain pelancaran Xiaomi 12 Series, Xiaomi juga telah memperkenalkan jam pintar premium terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi Watch S1 dan Xiaomi Watch S1 Active.

Xiaomi Watch S1

Xiaomi Watch S1 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci (466 x 466) dengan rangka keluli, dilapisi gelas sapphire serta tali yang diperbuat daripada silikon atau kulit. Watch S1 juga memiliki pensijilan kalis air 5ATM.

Xiaomi Watch S1 memiliki bateri berkapasiti 470mAh yang mampu menawarkan sehingga 12 hari pengguna dengan satu pengecasan penuh dan jam pintar ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, Xiaomi Watch S1 juga menyokong sehingga 117 mod kecergasan, bacaan kadar degupan jantung dan kadar oksigen dalam darah (SpO2).

Seterusnya, Xiaomi Watch S1 mempunyai navigasi dual-band yang memberikan sokongan GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo, NFC dan sistem pembayaran tanpa tunai MasterCard.

Xiaomi Watch S1 akan ditawarkan pada harga RM 849 dan jualan akan bermula pada 16 Mac ini, pembelian sebelum 24 Mac akan menerima satu unit Redmi Buds 3 pro secara percuma.

Xiaomi Watch S1 Active

Xiaomi Watch S1 Active adalah model yang lebih kepada golongan aktif sesuai dengan namanya.

Xiaomi Watch S1 Active hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci (466 x 466) dengan rangka keluli, dilapisi gelas sapphire dengn tali yang diperbuat daripada silikon. Watch S1 Active juga memiliki pensijilan kalis air 5ATM.

Xiaomi Watch S1 Active memiliki bateri berkapasiti 470mAh yang mampu menawarkan sehingga 12 hari pengguna dengan satu pengecasan penuh.

Selain itu, Xiaomi Watch S1 Active juga menyokong sehingga 117 mod kecergasan, 19 mod sukan profesional, bacaan kadar degupan jantung, kadar oksigen dalam darah (SpO2) dan 200 reka bentuk Watch Face.

Seterusnya, Xiaomi Watch S1 Active juga mempunyai navigasi dual-band yang memberikan sokongan GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo, dan pembayaran MasterCard NFC.

Xiaomi Watch S1 Active akan di Malaysia mulai 16 Mac ini pada harga RM 649 namun setiap pembelian sebelum 24 Mac akan menerima Redmi Buds 3 Lite secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.