TWS Xiaomi Buds 3T Pro dilancarkan secara rasmi dengan ciri ANC dan Dimensional audio
Majlis pelancaran global Xiaomi 12 Series sebentar tadi juga menyaksikan syarikat ini memperkenalkan beberapa produk AIOT terbaru dan salah satu daripadanya adalah TWS Xiaomi Buds 3T Pro.
Xiaomi Buds 3T Pro akan hadir dengan reka bentuk in-ear dengan dua pilihan warna iaitu hitam atau putih.
Selain itu, Xiaomi Buds 3T Pro memiliki dua pemacu 10mm yang turut membawakan sokongan Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 40dB.
Bercakap mengenai jangka hayat bateri, Xiaomi Buds 3T Pro akan memiliki bateri 38mAh pada setiap buds dan ianya mampu menawarkan sehingga 6 jam pendengaran tanpa ANC atau sehingga 24 jam dengan bekas pengecasan (380mAh).
Selain itu, Xiaomi Buds 3T Pro juga memiliki sokongan voice assistant, dimensional audio, mod transparency, mod game, LHDC 4.0 codec, dan pensijilan IP55.
Xiaomi Buds 3T Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 549 namun ianya akan ditawarkan pada harga RM 499 sahaja bagi pembelian dari 16 hingga 24 Mac 2022.