Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A Series 2022 akan dilancarkan pada 17 Mac ini


Samsung secara rasminya telah mengesahkan pelancaran Galaxy A Series pada 17 Mac ini dan telefon pintar ini juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sejurus selepas itu.

Samsung Malaysia telah menghantar jemputan rasmi kepada kami dan berdasarkan gambar jemputan, Samsung Galaxy A Series dijangka akan hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Gambar jemputan juga menunjukkan telefon pintar Galaxy A Series ini akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan beberapa model didalam Galaxy A Series ini dan kita mungkin menyaksikan pelancaran Galaxy A53 dan Galaxy A73.

Majlis Pelancaran Samsung Galaxy A Series ini akan berlangsung pada 17 Mac ini pada jam 10 malam dan ianya boleh di saksikan secara langsung di Facebook Samsung Malaysia Facebook dan Samsung Newsroom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.