Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor akan lancar telefon pintar pertama di Malaysia bagi tahun 2022 – guna skrin 120Hz dan pengecasan 66W

Honor akan lancar telefon pintar pertama di Malaysia bagi tahun 2022 - guna skrin 120Hz dan pengecasan 66W 1

Honor akan lancar telefon pintar pertama di Malaysia bagi tahun 2022 - guna skrin 120Hz dan pengecasan 66W 2
Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar pertama syarikat ini di Malaysia untuk tahu ini akan berlangsung tidak lama lagi.

Walaupun identiti telefon pintar ini masih belum diketahui, telefon pintar Honor ini telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan Honor FullView 120Hz dan pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W.

Selain itu, masih belum ada sebarang maklumat memgenai telefon pintar ini namun dapat kami sahkan bahawa ianya adalah telefon pintar midrange dan bukanya telefon pintar kelas flagship.

Bercakap mengenai telefon pintar flagship, Honor telah melancarkan Honor Magic4 Series di Mobile World Congress baru-baru ini dan syarikat ini telah mengesahkan bahawa Honor Magic4 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Honor Magic4 Pro disahkan untuk pasaran Malaysia – flagship killer terbaru?

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.