Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G – harga dari RM 2,699

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G - harga dari RM 2,699 11
Apple secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru Apple iPad Air yang kini hadir dengan cip Apple M1 untuk memberikan anda prestasi setaraf iPad Pro dan tidak lupa sokongan 5G.

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G - harga dari RM 2,699 12

Penggunaan cip Apple M1 adalah ciri utama pada generasi baharu iPad Air ini dan tablet ini juga memiliki kamera hadapan ultrawide 12MP yang menyokong Centre Stage dan ini juga bermaksud semua iPad kini menawarkan ciri ini.

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G - harga dari RM 2,699 13

Apple iPad Air juga memiliki skrin paparan Liquid Retina berukuran 10.9-inci dengan True Tone dan kecerahan maksima 500nits.

Selain itu, iPad Air juga mempunyai pembesar suara stereo pada mod landskap, TouchID pada butang kuasa, port USB-C yang dua kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini dan kamera 12MP pada bahagian belakang.

Akhir sekali, Apple iPad Air akan hadir dengan iOS Pad 15.4 dan akan turut ditawarkan didalam versi Wi-Fi.

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G - harga dari RM 2,699 14

Apple iPad Air akan ditawarkan didalam 5 warna iaitu Space Grey, Pink, Purple, Blue dan Starlight.

Apple iPad Air kini rasmi dengan cip Apple M1 dan 5G - harga dari RM 2,699 15

Harga Apple iPad Air di Malaysia adalah seperti berikut :

Apple iPad Air 64GB Wi-Fi – RM 2,699

Apple iPad Air 64GB Wi-Fi + 5G – RM 3,349

Apple iPad Air 256GB Wi-Fi – RM 3,349

Apple iPad Air 256GB Wi-Fi + 5G – RM 3,999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.